Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd, akan membuka pejabat di Istanbul bulan depan bagi memudahkan pertumbuhan di Timur Tengah dan di wilayah Utara Afrika.

Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata ia merupakan pejabat keempat Khazanah di luar negara selepas Beijing, Mumbai dan San Francisco.

“Kami berharap ia menjadi platform kerjasama untuk pasukan Malaysia bagi merapatkan hubungan dengan pejabat-pejabat di luar negara,” katanya pada Forum Megatrend Khazanah 2013 di sini hari ini.

Pada masa ini, pelaburan Khazanah di Turki melibatkan Acibadem Healthcare Group, menerusi IHH Healthcare Bhd.

Dana negara itu juga merancang mengambil alih syarikat insurans kesihatanTurki, Acibadem Saglik ve Hayat Sigorta AS, menerusi syarikat pegangan insurans, Avicennia Capital Sdn Bhd.

Awal bulan ini, Khazanah melancarkan pejabat Khazanah Americas Inc di San Francisco, bagi merapatkan Malaysia dengan hab teknologi dan inovasi utama Amerika Syarikat.

Sementara itu, forum dua hari bertema “Pertumbuhan dengan Keterangkuman dalam Era Paradoks: Nama Sama, Peserta Baharu”, akan mengkaji cabaran pertumbuhan mengikut perspektif pasaran, firma serta masyarakat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment