Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Laporan lengkap berhubung kejadian siling runtuh di Ruang Temubual Pusat Kemasukan Pesakit (PAC) Hospital Serdang di sini telah diserahkan oleh pihak hospital kepada Kementerian Kesihatan.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang bagaimanapun memaklumkan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan kejadian tersebut serta tidak menjejaskan perkhidmatan PAC hospital berkenaan.

“Siasatan awal telah dijalankan dan laporan lengkap telah diberi kepada pihak Jabatan Kesihatan Selangor dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media awal hari ini melaporkan beberapa bumbung Hospital Serdang runtuh dalam satu kejadian awal pagi ini.

Pada 13 Ogos 2013 media pernah melaporkan beberapa kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi

Siasatan awal kejadian itu mendapati insiden berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.

Mengulas lanjut insiden terbaharu siling runtuh di hospital berkenaan, Ardi berkata, kejadian siling runtuh itu berlaku pada pukul 3 pagi di tempat PAC Hospital Serdang.

Menurut beliau, anggaran keluasan kawasan yang runtuh adalah 8 kaki x 12 kaki persegi dan semasa kejadian terdapat lapan pesakit dan enam kakitangan sedang bekerja di kawasan sekitar.

Beliau turut mengesahkan laporan awal media yang menyebut tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu.

Kejadian siling runtuh di Hospital Serdang hari ini berlaku cuma beberapa hari selepas bahagian bumbung sebuah masjid di Kuala Nerus, Terengganu runtuh dalam satu kejadian awal pagi ini, selepas kebocoran dikesan di struktur tersebut.

Laporan Bernama menyebut, struktur masjid di Kampung Tebauk, di Bukit Tunggal itu runtuh dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi ini.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, menurut laporan tersebut.

Masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah itu baru siap dibina dua tahun lalu dengan kos RM6 juta, lapor agensi tersebut.

MP Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah ketika dihubungi berkata beliau kecewa dengan kegagalan infrastruktur yang sering berlaku di negeri tersebut.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian runtuhan itu.

Kejadian runtuhan itu sama dengan satu di masjid Kampung Binjai Kertas, di mana siling pintu masuk runtuh pada Mei lalu.

Pada Oktober 2009, bumbung pintu masuk sebuah masjid di Kampung Batu Putih di Kertih, Kemaman runtuh dan mencederakan tiga pekerja Indonesia.

Kejadian berlaku hanya beberapa bulan selepas bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM300 juta runtuh.

0 comments:

Post a Comment