Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

NEW YORK– Gara-gara ingin mendapatkan wang, seorang lelaki sanggup menipu keluarganya bahawa dia diculik dan akan dibunuh jika mereka tidak membayar wang tebusan kepada penculik terbabit.

Bagi meyakinkan keluarganya itu, Zubair Hussain, seorang pemandu teksi sanggup merakamkan gambarnya sendiri dalam keadaan tangan terikat dan kepala ditutup dengan kain.

Keluarga Zubair yang bimbang dengan nasibnya, telah menghubungi polis dan satu siasatan besar-besaran telah dijalankan.

Mereka juga percaya ada kemungkinan Zubair telah dipukul dan mungkin akan dibunuh.

Dalam masa 24 jam, pihak berkuasa berjaya mengesan Zubair di sebuah rumah di kawasan Coventry.

Namun apa yang mengejutkan lelaki itu berada dalam keadaan selamat dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dia diculik.

Keadaan ini menyebabkan Zubair ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan.

Sementara itu, Inspektor Martin Brennan berkata, hukuman penjara itu diharapkan dapat memberikan keinsafan kepada Zubair.

“Kita akan menangani kes culik dengan serius dan dalam kes ini, semua sumber telah diberikan kepada usaha menyelamatkan mangsa,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment