Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Perak tidak menolak kemungkinan fakta yang diperoleh Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah, V.Sivakumar berhubung tahap kemiskinan di Perak tidak tepat.

Justeru, jawatankuasa tersebut bersetuju dengan padangan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya isu kemiskinan di Perak dibincangkan dalam satu forum khas bagi membolehkan fakta sebenar diperoleh.

“Mungkin fakta yang diperolehi Sivakumar dikatakan tidak tepat yang datangnya daripada agensi kerajaan sendiri, kami mengambil sikap seadilnya ia perlu dibahaskan secara sihat bagi merungkai fakta yang lebih tepat untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang ada,” kata Koordinatornya, Salman Saleh melalui satu kenyataan media hari ini.

Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak baru-baru ini mendakwa Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Beliau dipetik sebagai mendakwa, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

Justeru, Sivakumar mendakwa kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu. 

0 comments:

Post a Comment