Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Kadar penembusan jalur lebar kebangsaan telah mencapai 67.1 peratus sehingga Ogos tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, kadar itu dicapai hasil pelaksanaan pelbagai program di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Ia termasuk program Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, Pusat Internet 1Malaysia, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kecil, Perpustakaan Jalur Lebar, peluasan liputan selular dan program Komputer 1Malaysia.

“Program kampung tanpa wayar bertujuan memberi capaian wifi secara hotspot di kampung-kampung yang tiada liputan jalur lebar dengan jarak liputan sehingga 300 meter dari tapak pemasangan. Capaian telekomunikasi khususnya perkhidmatan tanpa wayar telah ditingkatkan kelajuannya daripada 2mbps kepada 4mbps di setiap kampung,” katanya menjawab soalan Dr Moh Hatta Md Ramli (Pas-Kuala Krai) di sini hari ini.

Kadar penembusan jalur lebar kebangsaan direkodkan pada kadar 66.6 peratus pada suku pertama tahun ini.

Jailani menjelaskan kementerian belum bercadang menghentikan projek kampung tanpa wayar meskipun ia telah melepasi sasaran yang ditetapkan.

“Bila kerajaan memperkenalkan program ini pada 2010, sasaran awal ialah 3,287 kampung. Tetapi sehingga kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membina sebanyak 4,374 kampung tanpa wayar dan 308 lagi masih dalam pembinaan,” katanya.

Selain itu, Jailani berkata sebanyak 664 menara telekomunikasi telah dibina di seluruh negara sehingga kini dengan 137 daripadanya terletak di Sabah dan 170 di Sarawak.

Menjawab soalan Mohd Hatta tentang capaian telekomunikasi di Kuala Krai, Kelantan, Jailani berkata sebanyak 171 kampung tanpa wayar telah dilaksana di negeri itu.

Sebanyak 24 daripadanya telah siap dibina dan beroperasi di Parlimen Kuala Krai, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment