Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment


CAMERON HIGHLANDS – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad menasihati rakyat di negeri itu yang mengamalkan ajaran Syiah agar segera bertaubat dan kembali mengikuti ajaran Sunnah Wal Jamaah.

Titah baginda pengikut ajaran Syiah juga berdepan tindakan undang-undang kerana gerak-geri mereka kini diperhatikan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akan mengkaji dari segi tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang ditahan kerana dipercayai terbabit menyebarkan ajaran Syiah berdasarkan enakmen yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.

“Saya tidak berani buat spekulasi terhadap individu yang terlibat. Ini bukan kes pertama berlaku dan mungkin banyak lagi dikesan dan saya harap mereka harus sedar kesan ajaran tersebut,” titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai di Kampung Susu dekat sini, hari ini.

Tengku Abdullah mengulas mengenai tindakan JAIP menahan seorang imam berusia 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters pekerja Ladang Risda Pekoti Timur di Muadzam Shah, kelmarin.

Jaip turut merampas beberapa buah buku disyaki berkaitan Syiah selain tasbih yang diperbuat daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut ajaran itu.

Lelaki yang berasal dari Kelantan itu ialah peneroka di Felda Selancar 1 dan dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun serta menjadi imam di masjid ladang di situ sejak lebih 20 tahun lalu.

Imam berkenaan disiasat mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

Dalam pada itu Tengku Abdullah bertitah projek empangan di Ulu Jelai tersebut mampu mengubah landskap kehidupan masyarakat di kawasan sekitar terutama Orang Asli.

“Selain menjadi mercu tanda yang baharu kepada Cameron Highlands, kita juga harap limpahan projek daripada kewujudan empangan ini dapat mengubah taraf hidup masyarakat di sini.

“Kita juga harap agar kawasan ini dicantikkan bagi menjadi satu lagi kawasan tarikan pelancongan di Cameron Highlands,” titahnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment