Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

Gaza – Baru berusia 14 dan 15 tahun, namun kedua-dua remaja ini sudah pun berkahwin. Pasangan itu dinikahkan awal minggu lalu.

Ahmed Soboh, 15, dan isterinya, Tala, 14, berkahwin di Beit Lahiya, berhampiran sempadan Israel dan utara Semenanjung Gaza.

Pengantin ini kini cuba menjalani kehidupan harian sebagai suami isteri.


Pasangan itu menetap bersama keluarga Ahmed, dan mereka terpaksa berkongsi rumah yang mempunyai tiga bilik itu dengan sembilan saudara mara yang lain.

Menjadi suami pada usia yang muda menyebabkan Ahmed terpaksa menanggung tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Namun sebagai remaja, Ahmed tetap meluangkan masa bermain bersama-sama rakan-rakannya, manakala Tala pula membantu keluarga Ahmed dengan memasak dan melakukan urusan harian.

Ahmad membantu bapanya bekerja sebagai pencuci dan memperoleh pendapatan RM13 sehari.

Perkahwinan di kalangan remaja adalah perkara biasa di Gaza malah daripada 17,000 jumlah perkahwinan yang didaftarkan tahun lepas, 35 peratus daripadanya adalah remaja berusia 17 tahun ke bawah.


Ini kerana, banyak ibu bapa percaya bahawa pengantin perempuan pada usia muda itu akan dapat menerima keluarga baru dengan lebih cepat.

0 comments:

Post a Comment