Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

SIAPA yang tidak mengenali calon nombor 21 Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu saudara Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Nama anak kelahiran Kuala Lumpur ini sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila berjaya menawan Gunung Everest pada tahun 2004 selain menjadi ikon belia Malaysia.

Antara sejarah kepimpinannya ialah menjadi Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), menyertai Summits Expedition pada tahun 2010 sehingga 2012, bakal mengetuai KE7B Malaysia Greenland Expedition 2014.

Selain itu, beliau juga mengetuai kumpulan anak Felda yang berjaya mendaki Everest pada pertengahan tahun ini.

Kali ini, Muqharabbin atau lebih dikenali Qobin mula berjinak-jinak dalam arena politik apabila menjadi calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada sesi pemilihan tahun ini yang akan diadakan 19 Oktober depan.

0 comments:

Post a Comment