Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Di Chennai, gara-gara tidak tahan dengan gangguan suaminya, seorang wanita bertindak memenggal kepala lelaki itu dengan sabit sebelum menyerah diri kepada polis.

Memetik laporan Emirates 24/7, suspek berusia 21 tahun itu merupakan isteri kedua kepada mangsa yang bekerja sebagai penarik beca di Tamil Nadu.

Dikatakan kedua-dua isteri mangsa tidak lagi tinggal sebumbung dengan lelaki itu kerana tidak tahan dengan perbuatannya yang suka mengasari dan memukul mereka.

Sebelum kejadian itu, mangsa telah datang ke rumah keluarga suspek dan memaksa wanita itu menyerahkan wang kepadanya.

Bagaimanapun, suspek yang marah bertindak mencampakkan serbuk cili ke muka mangsa sebelum dia terjatuh.

Kesempatan itu diambil oleh suspek untuk mengambil sebilah sabit dan terus memenggal kepala suaminya itu.

Dia kemudiannya menyerah diri di balai polis berdekatan sambil membawa bersama senjata yang berlumuran dengan darah itu.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment