Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

Serangan bersenjata oleh kumpulan militan Al-Shabaab di pusat membeli-belah di Nairobi pada minggu lalu pastinya meninggalkan seribu kepahitan kepada mangsa yang terselamat serta keluarga 67 orang yang maut dalam kejadian itu.

Salah seorang mangsa yang terbunuh, Mitul Shah, 38, adalah antara yang akan diingati sebagai hero pada hari malang tersebut.

Eksekutif pemasaran India kelahiran London itu sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan nyawa 33 kanak-kanak yang sedang mengambil bahagian dalam pertandingan memasak untuk sebuah rancangan televisyen yang ditaja oleh syarikatnya, Bidco Oil.

Shah cuba untuk berbincang dengan pihak pengganas dengan menawarkan dirinya sebagai tebusan.

Malangnya, perbincangan tersebut gagal dan sekaligus menyebabkan nyawanya melayang.

Bagaimanapun, tindakan ayah kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu berjaya memberi peluang kepada beberapa mangsa untuk melarikan diri dan bersembunyi dari pengganas.

Kehilangan Shah ternyata begitu dirasai oleh rakan sejawatannya dan para pekerja syarikat dengan menyatakan bahawa mereka kehilangan ketua dan insan yang disayangi ramai.

“Semua orang mengenalinya sebagai seorang yang sangat profesional, berbakat dan sentiasa cuba mengembirakan orang lain,” ujar Pengarah Bidco, Dipak Shah.

Beliau juga turut meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Rupal.



0 comments:

Post a Comment