Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 29, 2013

No Comment

China – Seorang wanita yang marah dengan menantu lelakinya yang sering memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada membayar hutangnya, telah mengambil langkah ekstrim bagi menyedarkan lelaki.

Wang Qin, telah mengupah kren untuk mengambil kereta menantunya itu, yang terletak di atas balkoni di tingkat atas di bangunan setinggi tiga tingkat itu.

Menurut Wang yang berasal dari Lishui, kereta itu akan dijadikan sebagai cagaran sementara menanti menantunya itu membayar semula hutang tersebut.

Kereta Audi itu akan disimpan di satu tempat yang tidak didedahkannya.

Wang memberitahu, menantunya itu meminjam hampir setengah juta yuan daripadanya, untuk melabur dalam perniagaan.

Namun lelaki itu cuba mengelak daripada bertemu Wang selepas wanita itu berkali-kali memuntut bayaran hutang tersebut.

Akhirnya, jalan terbaik yang difikirkan ialah merampas kereta milik menantunya itu.

0 comments:

Post a Comment