Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Penyanyi Malaysia, Yunalis Zarai (Yuna) antara tiga artis yang dijemput membuat persembahan pada Majlis Anugerah Nansen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland hari ini.

UNHCR dalam satu kenyataan media memberitahu, Yuna dijemput membuat persembahan pada majlis anugerah berprestij yang bertujuan mengiktiraf kerja-kerja kemanusiaan bagi orang pelarian.

“Yuna salah seorang daripada tiga artis antarabangsa membuat persembahan pada majlis ini. Ini adalah kali pertama seorang artis dari Malaysia dijemput membuat persembahan pada majlis ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Yuna dijemput atas kapisiti beliau yang menerima banyak pujian daripada majalah antarabanqsa seperti Rolling Stone, VIBE dan Elle serta sering membuat persembahan pada festival muzik.

Kata kenyataan itu, artis Malaysia itu juga terlibat dalam rakaman lagu single bertajuk “One Woman” bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2013.

Jelas kenyataan itu, penerima Anugerah Nansen UNHCR pada tahun ini ialah Angélique Namaika yang melakukan kerja-kerja kemanusiaan di sebuah kawasan pendalaman di Congo.

0 comments:

Post a Comment