Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – BBM, rangkaian sosial persendirian untuk perbualan aktif masa nyata yang diperkenalkan oleh BlackBerry, merekodkan lebih 80 juta pengguna aktif sebulan, selepas dilancarkan pada Android dan peranti iPhone.

Angka itu termasuk lebih 20 juta pengguna baharu.

BBM mencatat lebih 10 juta muat turun dalam tempoh 24 jam pelancarannya.

Andrew Bocking, Naib Presiden Eksekutif BBM di BlackBerry dalam satu kenyataan berkata tumpuan kini kepada pengguna aktif BBM, dan bukan lagi ke atas angka muat turun yang mudah.

Pada minggu pertama pelancarannya, BBM merupakan aplikasi percuma tertinggi di 35 negara dalam Google Play dan 107 bagi App Store.

Ia terus mengekalkan kedudukan utama dalam pasaran utama seperti di Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan Timur Tengah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment