Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

KERETA BMW Model Z4 terkenal sebagai sebuah kereta mewah yang digeruni dek kerana kekuatan enjinnya. Bagi sebuah model kereta yang sama di China, ia telah ditransformasikan kepada sebuah kereta dihiasi seperti seekor naga emas oleh seorang pakar pengubahsuaian kereta.

Lelaki itu meletakkan sayap pada kereta itu bersama dengan ekor, kuku dengan ukiran seakan-akan ia seekor naga sebenar menggunakan tulang haiwan Yak.

Bahagian hadapan kereta menyerlah wajah naga lengkap sepasang mata dan misainya, kuku naga berkenaan diletakkan berdekatan dengan rim emas tayar BMW berkenaan, dan pintu sayap kereta itu dilengkapi sayap naga yang berbulu putih.

Di bahagian belakang, ekor naga terletak di atas bahagian boot kereta BWM Z4 itu.

Kereta yang istimewa turut dipamerkan di Pameran Import dan Eksport China di wilayah Quangdong dan kemunculannya menarik banyak perhatian.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS



0 comments:

Post a Comment