Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 31, 2013

No Comment

SEMUA sudah sedia tahu akan keputusan penyampai radio popular Hot FM, Faizal Ismail yang telah membuat keputusan untuk meletak jawatan pada 24 Oktober lalu.

Ternyata keputusan itu amat mengejutkan bukan sahaja di kalangan peminatnya, tetapi juga pengarah rangkaian radio itu, Seelan Paul yang menyifatkannya sebagai kehilangan besar bagi mereka, memetik laporan Sinar Harian.

Pelbagai spekulasi mula timbul berkenaan isu itu dan antaranya, Faizal telah mendapat tawaran lumayan daripada stesen radio lain dan dia menghadapi masalah dengan pihak pengurusan Hot FM.

Bagi meredakan cerita bukan-bukan yang sedang rancak bertebaran, dia akhirnya tampil memberi penjelasan.

“Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

“Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.

“Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu,” jelasnya.

Tambah Faizal lagi, agak sukar untuk dia membahagi masa sebaik mungkin untuk menguruskan kerjaya dan syarikatnya, FBI Entertainment Sdn Bhd.

“Jadi, saya perlu korbankan karier saya. Walaupun berat hati, saya terpaksa demi masa depan keluarga. Sejujurnya, saya memang sayangkan karier ini kerana saya bermula dari bawah dan melalui peringkat demi peringkat sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

“Namun, sampai bila saya mahu berada di konti? Saya percaya, populariti kini tidak jamin (kekal populariti) untuk lima tahun yang akan datang. Saya tidak mahu terus terperangkap dalam kepompong ini sehingga sukar untuk pilih cabang lain,” ujarnya.

Rasanya, kenyataan Faizal itu sudah cukup untuk menjernihkan kekaburan di kalangan peminat tegarnya.
Walaupun tugas Faizal berakhir 15 November ini, anda tidak perlu risau kerana dia mungkin akan bertugas secara sambilan di Hot FM untuk segmen hujung minggu.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment