Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 April, 2015, hanya akan memberi impak neutral ke atas eksport Malaysia dalam jangka panjang.

Perunding Prinsipal DB Dynamics Consultancy Dr S Mahadevan berkata pada peringkat awal, eksport akan menerima impak berikutan perniagaan menerima pakai GST.

“GST. yang diumumkan dalam Bajet 2014, dilaksanakan dengan jayanya di negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada seminar ‘Satu analisis mengenai Bajet 2014 berhubung Geran dan bantuan kewangan kerajaan untuk sektor korporat’.

Seminar itu dianjurkan oleh Persatuan Pengeksport Malaysia dan Institut Eksport dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia.

Mahadevan berkata secara keseluruhannya, kerajaan menyediakan persekitaran yang baik untuk perniagaan dalam Bajet 2014.

“Ia adalah bajet yang baik dan seimbang,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment