Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

YAN – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kelulusan pembinaan pasar nelayan serta peruntukan RM2.5 juta bagi projek tukun tiruan di sini.

Beliau berkata RM500,000 lagi diperuntukkan untuk penambahbaikan Jeti Kuala Dulang Kecil, Sungai Limau di sini.

Peruntukan dan kelulusan itu adalah tanggungjawab kerajaan bagi menaik taraf hidup nelayan yang sememangnya menjadi antara keutamaan kerajaan, katanya.

“Oleh itu kalau jeti di Sungai Limau tak elok, belanja RM500,000 kita luluskan, kalau nelayan kata tak ada tempat untuk buat berniaga jadi mereka nak pasar, Menteri (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) tadi kata, boleh,.

“Kemudian katanya tak cukup tukun tiruan…dimaklumkan pimpinan negeri tadi dah ada RM2.5juta peruntukan untuk menambah tukun-tukun tiruan,” katanya pada Majlis Sarapan 1Malaysia di Kuala Dulang Kecil, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Yan, Saidin Kassim dan calon BN bagi pilihan raya kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Muhyiddin berkata nelayan, selain petani dan peladang, adalah kumpulan istimewa dari pandangan mata kerajaan kerana tanpa usaha dilakukan mereka, negara akan menghadapi ancaman besar dalam agenda Jaminan Keselamatan Makanan negara.

“Oleh sebab itu perkara (jaminan makanan) ini paling penting, bukan sahaja untuk negara kita malah seluruh dunia dan saya sebutkan sejak saya menjadi menteri pertanian sehingga sekarang, kita tak akan abai aspek pertanian negara, walaupun menjadi negara maju, industri bertambah bagai cendawan, kilang-kilang bawa masuk pelabur, sediakan pekerjaan.

“Soal makanan tak boleh kita abaikan, ia tetap akan menjadi asas dan keutamaan kerajaan Barisan Nasional, maka sebab itu apa yang telah kita usahakan, akan kita lipat gandakan, mana kurang  kita tambah,” katanya

Sementara itu, mengenai pencerobohan kawasan perairan oleh nelayan-nelayan yang tidak mempunyai kelayakan lesen bagi kategori tertentu, Muhyiddin berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim 

Malaysia(APMM) akan menguatkuasakan peraturan berkaitan bagi mencegah isu berkenaan berlarutan.
“Saya diberitahu, di Kuala Kedah sahaja 23 kes penguatkuasaan dilakukan, mereka yang terlibat telah ditahan APMM dan di Kuala perlis ada 29 kes, maknanya penguatkuasaan ini akan terus dijalankan supaya jangan ada pihak yang tak berhak menceroboh masuk ke kawasan yang tak dibenarkan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment