Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

GEORGE TOWN : Sepasang suami isteri, yang merupakan pengarah beberapa syarikat, berdepan 81 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM15 juta dalam bentuk wang tunai, cek dan jongkong emas bagi tempoh satu setengah tahun.

Kow Hock Beng, 55, dan Veronica Tan, 51, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen Khairul Anuar Abdul Halim Rabu.

Khairul Anuar membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Nov untuk pengurusan kes.

Beliau juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kesemua kes ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Kow berdepan 44 pertuduhan menerima sejumlah RM7.9 juta manakala Tan berdepan 37 pertuduhan menerima RM7.8 juta ketika menjadi konsultan Genneva Malaysia Sdn Bhd bagi wilayah utara.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu selepas menerima cek daripada Genneva Malaysia Sdn Bhd yang dideposit ke dalam akaun peribadi masing-masing antara Mac 2011 dan September 2012.

Tan juga didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram menerusi pemilikan 54 jongkong emas yang ditemui dalam peti keselamatannya di bank pada 31 Dis 2012.

Kow pula berdepan 41 pertuduhan pengubahan wang haram bagi pihak J Emerald Sdn Bhd, Agensi Pekerjaan AJ Utama Sdn Bhd, KHB Global Sdn Bhd, Parcel Post (M) Sdn Bhd, Logistics Hartamas (M) Sdn Bhd dan CFM Logistics Sdn Bhd, yang mana beliau adalah pengarah.

Pasangan itu didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Pang Shuin Keat manakala pasangan itu diwakili peguam Ong Yu shin dan B Jeyasingam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment