Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 1, 2013

No Comment

Kuala Lumpur – Pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar menjalani rawatan angiogram di Institut Jantung Negara (IJN), di sini semalam selepas mengalami sesak nafas.

Menurut isterinya, Datin Zulhaila Siregar, Tarmimi menjalani rawatan itu untuk mengenal pasti keadaan kesihatan lebih lanjut sama ada saluran arteri tersumbat atau sebaliknya.

“Beliau sebelum ini ada berjumpa doktor di Hospital Pantai selepas beberapa kali mengadu rasa penat. Mungkin ia berpunca daripada kerja lebih masa dan kemudian memilih datang IJN untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pemeriksaan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit. Namun, sebagai langkah menjaga kesihatan di peringkat awal pelakon berusia 63 tahun itu membuat keputusan berjumpa doktor di IJN.

“Sepatutnya pemeriksaan sebegini dibuat dua tahun lalu, tetapi beliau sangat sibuk dengan kerja sehingga ia tertangguh. Beliau masih aktif berlakon dan selalu mengambil mudah aspek kesihatan,” katanya.

Katanya, mereka baru pulang daripada penggambaran telefilem Aku Masih Rindu di Mersilau, Kundasang, Sabah baru-baru ini dan suaminya pula terbabit sebagai pengarah dan pelakon.

“Ketika pulang dari sana, beliau sihat seperti biasa. Walaupun beliau pernah mengadu sesak nafas kerana banyak angin dalam badan tetapi saya menasihatinya berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan sebenar,” katanya. - myMetro Online

0 comments:

Post a Comment