Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

PUTRAJAYA – Proses penempatan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bertam, Ringlet, Cameron Highlands ke kawasan baru akan mengambil masa kira-kira empat hingga lima bulan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Beliau berkata masalah besar ketika ini ialah untuk mencari tapak yang sesuai bagi membolehkan semua keluarga mangsa banjir lumpur itu ditempatkan di kawasan selamat.

“Kami belum mengenal pasti tapak yang sesuai lagi untuk penempatan baharu. Saya perlu memohon pejabat tanah untuk mencari kawasan baharu dengan segera, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi untuk mencari tempat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata proses pemindahan mungkin terganggu kerana segelintir penduduk di situ enggan berpindah ke tempat baharu yang lebih selamat.

“Itu satu lagi masalah yang kami hadapi. Kami telah memberikan mereka sebidang tanah yang baharu, jadi mereka boleh berpindah dan selepas itu kami boleh membersihkan sungai itu,” katanya.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Ringlet pada 23 Oktober lalu akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu telah mengorbankan empat nyawa selain memusnahkan 80 kediaman penduduk dan kira-kira 100 kenderaan.

Palanivel berkata walaupun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diperuntukkan RM100,000 untuk membersih dan membaik pulih kawasan bencana, proses itu tidak dapat dijalankan secara lancar kerana terdapat penempatan yang dibina di tepi sungai.

Baru-baru ini, Palanivel berkata sebahagian penempatan yang dibina di tepi sungai itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan ia menyukarkan tindakan diambil apabila berlaku bencana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 pada Jumaat lalu, mengumumkan peruntukan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam sepanjang tiga kilometer. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment