Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

Rumah yang pernah didiami lagenda The Beatles, John Lennon ketika usianya dari kecil hingga lima tahun akan dilelong dengan nilai sebanyak £480,000 (RM2.4 juta).

Kediaman yang mempunyai tiga bilik tidur itu terletak di 9 Newcastle Road di Wavertree, Liverpool.
“Banyak kenangan dan sejarah yang dilalui John Lennon di sini semasa dirinya masih kecil,” kata juru lelong yang terlibat, Andrew Brown kepada ABC News.

Rumah itu didiami Lennon dari 1940 sehingga 1945, dan sejak itu rumah tersebut hanya beberapa kali bertukar tangan selepas keluarga Lennon berpindah dari rumah itu.

“Saya sudah memastikan kedudukan rumah itu masih asli supaya dapat memberikan refleksi seperti zaman 1960 di mana pada tahun itu mereka mula terkenal di seluruh dunia dengan muzik rock and roll,” kata pemilik rumah tersebut sebelum menjualnya kepada pembeli.


Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment