Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

Band popular dari Indonesia, Sheila On 7 (SO7) menyatakan mereka akan terus berkarya untuk peminat yang setia menyokong perkembangan seni mereka dari dahulu sehingga sekarang.

SO7 yang dianggotai oleh Duta, Eross, Brian dan Adam ini juga akan mengeluarkan single terbaru yang berjudul Canggung dan kini masih lagi sibuk dengan proses rakaman album studio terbaru.

“Single terbaru kami berjudul Canggung, dicipta oleh gitaris kami, Eross. Proses rakamannya sudah selesai dan menunggu masa untuk dikeluarkan. Untuk album studio penuh pula, semuanya masih dalam proses dan kami harap ianya bakal siap tahun hadapan,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.

Tahun ini genap 17 tahun kumpulan berasal Jogjakarta ini bertahan dalam bidang seni dan bukan calang-calang band boleh bertahan sebegitu lama dalam bidang seni.

Mereka mengakui rasa cinta yang mendalam dalam bidang ini yang mampu membawa mereka bertahan sebegitu lama.

Selain itu, mereka juga mengakui sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi terhadap muzik mereka telah memperkuatkan azam mereka untuk memberikan yang terbaik buat mereka.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment