Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Komisi Pemberantasan Rasuah (KPK), Indonesia akan menubuhkan pasukan kerja untuk mengkaji bidang-bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan untuk dibincangkan dalam mesyuarat dua hala yang akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pembentukan pasukan kerja itu adalah susulan daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak.

“Dalam mesyuarat yang akan datang kita mesti bagi keutamaan yang mana paling penting.

“Jadi sebelum mesyuarat itu diadakan perbincangan mesyuarat peringkat kumpulan kerja akan diadakan untuk mendapatkan konsesi sama ada tajuk-tajuk dan perkara-perkara mana yang akan dibawa dalam mesyuarat dua hala yang akan diadakan setiap tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu SPRM yang diwakili Abu Kassim dan KPK oleh Pengerusinya Abraham Samad menandatangani MoU, disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Abu Kassim berkata MoU itu adalah yang kelapan ditandatangani SPRM dengan Agensi Penguatkuasa Undang-undang Rasuah dunia.

Antara bidang kerjasama yang akan dilaksanakan termasuk pertukaran maklumat berhubung rasuah dan penyalahgunaan kuasa, perkongsian teknik penyiasatan berkesan, amalan terbaik dalam mengumpul maklumat serta penganjuran mesyuarat dan seminar berkaitan rasuah, katanya.

Beliau berkata sebelum itu dalam mesyuarat itu kedua-dua pihak turut membincangkan perbezaan undang-undang antara kedua-dua negara serta berkongsi pengalaman dan halangan masing-masing semasa menjalankan tugas.

“Antara yang amat mendapat perhatian saya apabika KPK menjelaskan di Indonesia, anggota Parlimen mesti melaporkan penerimaan hadiah mereka kepada KPK dan kalau tidak dilaporkan dalam tempoh 30 hari adalah satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman,” katanya.

Sementara itu, Abraham berkata kedua-dua pihak akan berkongsi pengalaman dan idea dalam pelbagai bidang, menjalani latihan serta menjalin kerjasama mengesan saksi-saksi kes siasatan dan pendakwaan melibatkan warga Indonesia.

“KPK juga ingin menggali pengalaman SPRM dalam menguruskan kakitangan yang begitu ramai, supaya kita juga dapat menambah lagi bilangan tenaga kerja yang ketika ini hanya kira-kira 700 orang,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment