Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

SHARIFAH Sakinah kini bolehlah dilabel sebagai Keekers tegar kerana beliau sering merakamkan video baru yang menimbulkan kontroversi dan ia berjaya menarik ramai tontonan pulak tu.

Sharifah juga kalau diperhatikan takkan ketinggalan dalam memberikan video parodi kepada mana-mana video hangat yang menjadi viral di internet.

Video terbaru Awek Legoland yang memuji kecantikan matanya dengan kata “Macam cantik je.. Macam cantik je..,” turut menjadi bahan kepada beliau untuk merakamkan video parodi versi Sharifah Sakinah.
Di YouTube Keek Artis Malaysia video Sharifah baru sahaja dimuatnaik semalam.

Di ruangan Keek Sharifah Sakinah ia telah ditonton sebanyak 10,068 kali dan mendapat 477 Likes, tidak hairanlah akaun Keek Sharifah Sakinah turut ada simbol ‘disahkan’ atau verified mengesahkan ia adalah akaun tulen Sharifah Sakinah oleh pihak Keek.com.

Bagaimanapun, Sharifah membuat lawak dengan keadaan matanya yang nampak sembab kerana tidak mendapat rehat yang cukup selepas sibuk dengan dunia artis sambil berkata “Macam sembab je… macam eye bag je… macam ketumbit je…,” dalam video itu.

Walaupun si gadis Legoland yang bernama Syasya itu sudah membuat penjelasan bahawa video itu sekadar gurauan untuk tujuan melawak tetapi kini berderet-deret video parodi dihasilkan dek populariti video beliau.

0 comments:

Post a Comment