Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 30, 2013

No Comment

PASIR PUTEH – Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta di bawah tabungan zakat untuk membantu pelajar miskin di sekolah seluruh negara, tahun ini.

Ketua Operasi dan Teknikal yayasan berkenaan, Muhamad Faizal Abdul Rauf berkata, dua sekolah dipilih dari setiap negeri untuk menerima bantuan berupa pakaian sekolah dan peralatan yang akan diagihkan secara berperingkat mulai sekarang.

“Wang itu sebahagian daripada pembiayaan zakat yang diterima dari pembayar zakat di wilayah berkenaan sebanyak RM400 juta tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pengagihan zakat di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 di sini, petang semalam.

Seramai 312 pelajar terutama anak golongan petani dari sekolah rendah menerima bantuan berkenaan yang disampaikan anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Selising, Zulkifli Ali.

Muhamad Faizal berkata, seramai 642 pelajar di setiap negeri mendapat peruntukan lebih RM107 setiap seorang bagi meringankan beban keluarga.

Beliau berkata, sepanjang tahun depan pihaknya menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM500 juta untuk membantu lebih ramai lagi umat Islam yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, Zulkifli ketika berucap pada majlis itu berharap lebih banyak badan berkanun tampil memberi sumbangan bagi meringankan beban penduduk di kawasan Dun itu yang sentiasa mengharapkan bantuan.

Beliau berkata, wakil agensi terbabit perlu turun padang untuk melihat sendiri bagaimana lebih 20,000 penduduk kawasan ini yang terdiri daripada golongan petani dan penoreh getah hidup dalam kemiskinan.

“Lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini iaitu bulan November dan Disember mereka tidak dapat bekerja sepanjang hari kerana hujan,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment