Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

Pelbagai cara sanggup dilakukan oleh sesetengah gadis yang terdesak untuk kurus dan mendapat tubuh badan yang menarik.

Ada yang memilih untuk mengurangkan pengambilan makanan, dan ada juga yang mengamalkan suplemen atau ubat-ubatan demi mencapai matlamat mereka.

Namun, kini wujud trend terbaru dalam amalan diet yang boleh kami sifatkan sebagai ‘gila dan berbahaya’ iaitu dengan menelan bebola kapas yang biasanya digunakan untuk membersihkan kekotoran pada wajah.

Jangan terkejut jika kami katakan ia sebenarnya sudah menjadi amalan model Barat sebelum ini sebelum para gadis meniru perbuatan ini.

Alasan yang diberikan ialah, ia mampu memberi rasa kenyang sekaligus mengurangkan pengambilan makanan harian.

Kebiasaannya, bebola kapas ini akan direndam terlebih dahulu dalam jus buah-buahan sebelum ditelan.


Menurut pengarah laman web ‘Diets in Review’, Brandi Koskie, amalan ini sangat merbahaya kerana kebanyakan kapas yang dijual bukanlah kapas yang sebenar.

“Ia mengandungi peluntur, fiber polister yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pengambilan kapas sintetik sebagai diet umpama merendam baju-T anda ke dalam jus oren dan memakannya,” ujarnya kepada ABC News.

Hai, menyedihkan bila melihat para gadis sanggup menggadai nyawa hanya semata-mata mahu dilihat cantik oleh orang lain.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment