Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 23, 2013

No Comment

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) dan organisasi media, terutama di negeri ini, disaran merapatkan hubungan sesama mereka demi kebaikan kedua-dua pihak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan berkata dengan cara itu Sains dan media akan lebih memahami peranan masing-masing, sekali gus mewujudkan suasana lebih positif.

“Apabila kedua-dua belah pihak memahami antara satu sama lain maka tidak ada perasaan curiga mencuriga atas laporan yang disiarkan pihak media. Kita mahu media membuat laporan tepat dan benar mengikut etika kewartawanan.

“Tidak ada laporan yang ditulis jika sumbernya tidak begitu pasti. Maknanya, Sains perlu faham bahawa laporan media itu adalah benar dan di pihak media juga perlu memahami perasaan Sains,” katanya di Malam Media Sains 2013, di sini malam tadi.

Mat Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sains, berkata sekalipun ada laporan media yang tidak disenangi Sains, syarikat itu perlu melihat perkara berkenaan secara positif dan mempertingkat perkhidmatan.

Sains yang dimiliki kerajaan negeri ditubuhkan pada 15 Mac 2007 bagi mengambil alih pengurusan sistem bekalan air di negeri itu daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan.

Malam media itu merupakan yang pertama dianjur oleh Sains. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment