Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan pejabat swasta berhawa dingin dikenakan kompaun RM250 oleh Kementerian Kesihatan kerana tidak mempamerkan tanda larangan merokok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kompaun terkumpul berjumlah RM2,250 itu dikenakan ke atas pemilik pejabat berkenaan.

“Seorang awam turut dikenakan kompaun RM250 kerana didapati merokok dalam pejabat swasta berhawa dingin.

“Tindakan ini dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10  pada 29 Oktober lalu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham dalam pada itu memaklumkan, sebanyak 648 buah premis swasta di seluruh negara turut diperiksa dalam operasi berkenaan.

Menurutnya, operasi itu berikutan pihaknya menerima banyak aduan gejala merokok di pejabat swasta berhawa dingin yang merupakan satu kesalahan.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan memberi amaran keras kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan tersebut atau dikenakan tindakan.

Tegasnya, larangan itu bukan sahaja berkuatkuasa di dalam pejabat berhawa dingin, malah di di seluruh kawasan pejabat termasuk di kaki lima selagi ia berada di bawah kawasan litupan bumbung premis.

Sehubungan itu, kata beliau, operasi pengkuatkuasaan larangan merokok di pejabat swasta berhawa dingin bagi melindungi kerja daripada bahaya pendedahan asap rokok basi akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Mereka yang mahu membuat aduan gejala ini boleh menghubungi talian 03-888 34400 manakala mereka yang mahu berhenti merokok boleh mendapatkan bantuan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment