Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 26, 2013

No Comment

LANGKAWI – Tiga nelayan yang hampir tenggelam akibat bot mereka di pukul ombak kira-kira dua batu nautika dari sini malam tadi berjaya diselamatkan.

Mereka dikenali sebagai Azmi Ahmad, 43, Mahathir Man, 35, dan Mat Ridzuan Mat Saat, 41, dari Tongkat Yard, Alor Setar.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Tan Kok Qwee berkata salah seorang daripada nelayan berkenaan menghubungi talian kecemasan kira-kira pukul 7.40 malam untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi dan minta diselamatkan.

“Nelayan-nelayan tersebut sedang melabuhkan pukat untuk menangkap ikan apabila bot mereka dimasuki air akibat dipukul ombak kuat selain berlaku kebocoran pada bot mereka.

“Semasa pasukan mencari tiba, bot nelayan itu hampir tenggelam. Ketiga-tiga nelayan itu sempat diselamatkan dan dibawa ke pengkalan APMM Langkawi dalam keadaan selamat, namun bot mereka tenggelam,” kata Tan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment