Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, December 1, 2013

No Comment

Arsenal kini berkelebihan tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris berbanding dua pencabar terdekatnya, Liverpool dan Chelsea selepas skuad kendalian Arsene Wenger itu mudah membenam Cardiff City 3-0 pada aksi di gelanggang lawan, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Arsenal kini sudah mengumpul 31 mata daripada 13 perlawanan berbanding 24 mata yang masing-masing dikutip Liverpool dan Chelsea, kedua-duanya hanya akan turun beraksi perlawanan ke-13, malam ini.

Pada aksi malam tadi, Aaron Ramsey membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-29 untuk jaringan ke-12 peribadinya musim ini.

Pemain gantian, Mathieu Flamini kemudian menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-86 diikuti gol ketiga menerusi Ramsey sekali lagi pada masa kecederaan untuk kemenangan besar 3-0 di gelanggang Cardiff itu.

Ia pasti satu tekanan buat Chelsea yang bakal menanti kunjungan Southampton (12.10 malam ini) dan Liverpool yang bakal bertandang ke Hull City (10.05 malam ini) untuk masing-masing perlu mendapatkan tiga mata penuh supaya tidak tercicir jauh daripada Arsenal.

Sementara itu, Everton naik ke tangga keempat liga untuk berkongsi 24 mata dengan Liverpool dan Chelsea selepas skuad kendalian Roberto Martinez itu garang membelasah Stoke 4-0 di Goodison Park.

Newcastle pula naik ke tangga kelima dengan 23 mata selepas meraih kemenangan keempat berturut-turut ketika menewaskan West Brom 2-1 di laman sendiri.

Baki tiga lagi perlawanan malam tadi menyaksikan Aston Villa seri 0-0 dengan Sunderland, Norwich menewaskan Crystal Palace 1-0 manakala West Ham membenam Fulham 3-0.

Selain perlawanan membabitkan Chelsea dan Liverpool, dua lagi perlawanan yang bakal berlangsung malam ini.

Ia membabitkan pasukan tangga kesembilan, Tottenham bertemu pasukan tangga kelapan, Manchester United di White Hart Lane (8 malam ini) dan pasukan tangga keenam, Manchester City bertemu Swansea di Stadium Etihad (12.10 malam ini).

0 comments:

Post a Comment