KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Khamis ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata keadaan sama turut melanda daerah Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak, pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada masa sama, keadaan angin kencang dan laut bergelora turut melanda daerah Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan.
Menurut kenyataan itu, keadaan angin di daerah itu berkelajuan antara 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter.
Ia berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi di laut serta sukan laut.- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment