Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang tidak menyokong cadangan DAP supaya kerajaan Persekutuan mengasingkan hasil cukai perjudian untuk menggelakkan cukai tersebut digunakan untuk umat Islam.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk mengasingkan hasil cukai dan mengagihkan hasil tersebut berdasarkan kepercayaan agama kerana semua rakyat Malaysia berhak dibantu tanpa mengira agama.

“Langkah itu hanya akan memberi manfaat kepada masyarakat bukan Islam negara ini tetapi bukan kepada masyarakat Islam.

“Sebagai sebuah negara yang progresif, kerajaan kita tidak perlu lagi diminta mewujudkan lebih banyak dasar-dasar berasaskan kaum atau agama,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

SiakapKeli.com semalam melaporkan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook meminta kerajaan Pusat membuat pindaan terhadap tatacara kewangan kerajaan dengan mengasingkan semua hasil cukai perjudian dalam satu akaun khas.

Beliau dipetik sebaghai mendakwa, langkah tersebut bagi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia beragama Islam kerana hasil cukai perjudian atau “Sin tax” itu tidak wajar digunakan ke atas umat Islam.

“Semua hasil cukai perjudian dalam akaun khas itu hanya disalurkan untuk perbelanjaan tertentu sahaja yang tidak melibatkan umat Islam.Hasil daripada cukai perjudian ini sepatutnya disalurkan untuk masyarakat bukan Islam seperti sekolah vernakular, badan kebudayaan dan sosial,” kata Siew Fook.

Keng Liang seterusnya berkata, pengasingan cukai tersebut akan mewujudkan stigma tidak adil kerana mengambarkan bukan Islam bergantung kepada aktiviti perjudian untuk membiayai kebajikan, pendidikan dan kebudayaan.

Sehubungan itu, Pemuda Gerakan menggesa DAP lebih sensitif dalam mengeluarkan cadangan kepada kerajaan supaya tidak mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kaum dan agama.

“Ia juga malang apabila DAP membuat cadangan semasa umat Islam dan Kristian di Malaysia bergeseran tentang isu kalimah `Allah’,” katanya.

0 comments:

Post a Comment