Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Afghanistan – Ketika kanak-kanak lain sebayanya bebas berlari bermain bersama rakan-rakan yang lain, keadaan berbeza dengan seorang budak perempuan yang berusia lapan tahun, Spozhmay, yang ditangkap selepas cuba menjadi pengebom berani mati.

Misi maut yang dijalankan oleh Spozhmay itu berjaya disekat oleh polis ketika dia cuba melakukan serangan di sempadan Afghanistan, di kawasan berhampiran wilayah Helmand.

Dia dipercayai adik kepada salah seorang pemimpin tertinggi Taliban.

Spozhmay kini berada dalam keadaan terkejut dan keliru.

Dia ditangkap selepas seorang anggota tentera Afghanistan melihat budak itu memakai jaket pengebom berani mati dan dia berjaya ditangkap sebelum misi maut itu dijalankannya.

Budak itu kini dipindahkan ke wilayah Lashkar Gah.

Ia bukan kali pertama pihak berkuasa terpaksa menangani pengebom berani mati di kalangan kanak-kanak.

Pada 2011, seorang budak perempuan berusia 11 tahun terbunuh selepas dia ditipu untuk membawa bom berhampiran balai polis.

0 comments:

Post a Comment