Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

Peranti seperti jam pintar dan paparan skrin resolusi 4K adalah antara fokus utama bagi Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahun ini dan peranti kamera yang diumumkan oleh Panasonic merupakan salah satu yang berjaya menarik perhatian ramai.

Kamera Ultra HD yang diperkenalkan oleh Panasonic ini menampilkan ciri di mana ia boleh diletakkan pada kepala dengan bantuan acuan plastik yang dilaraskan pada telinga dan leher untuk kestabilan optimum.

Walaupun prototaip yang dipersembahkan kelihatan hampir serupa dengan kamera HX-A100 yang dilancarkan syarikat sama tahun lepas, model terbaru ini direka dengan spesifikasi lebih menarik.

Butiran mengenai spesifikasi kamera ini masih dirahsiakan namun ia mampu menghasilkan gambar dengan paparan resolusi 4K melalui port mini HDMI.

Bentuk fizikalnya pula mungkin kelihatan terlalu kecil tetapi berupaya menghasilkan kualiti video yang tajam selain paparan lebih lebar.

Harga kamera ini masih belum diumumkan tetapi ia mungkin mula dijual pada tahun ini.

Sumber: Engadget

0 comments:

Post a Comment