Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 9, 2014

No Comment

Bagi penggemar setia program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), kelibat gadis genit bernama Feeya Iskandar ini pastinya tidak asing buat anda.

Feeya merupakan pengacara belakang tabir bersama-sama Angah Raja Lawak yang akan menemuramah setiap peserta sebelum mereka tampil membuat persembahan.

Kini, kedengaran cerita bahawa Feeya sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan salah seorang peserta MLM iaitu Wan daripada kumpulan Wala.


Perkara ini tersebar kerana mereka dikatakan rapat kerana sering meluangkan masa bersama ketika rakaman awal program tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Feeya berkata kepada Harian Metro, “tak ada apa-apa yang mesra antara kami. Saya layan semua peserta dengan mesra dan baik sebab kita bekerjasama dalam satu program.

“Kalau ada yang nampak saya lain macam dengan Wan, itu cuma tanggapan orang saja. Kebetulan memang karakter saya periang dan ceria, mungkin sebab itu orang nampak kami macam ada apa-apa,” katanya.

Feeya yang juga bergelar penyampai radio Sinar FM mengakui dirinya masih solo dan tidak berani untuk mengulas lanjut mengenai spekulasi itu kerana tidak menjangkakan hal yang bakal berlaku pada masa akan datang.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment