Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

SEORANG jutawan Hong Kong sanggup terbang dengan pesawat peribadinya ke Malaysia semata-mata untuk menikmati keenakan ikan empurau, sejenis ikan yang sangat terkenal dalam masyarakat Cina disebabkan kesedapan dan harganya yang sangat mahal.

Harga ikan ini boleh mencecah RM1,800 sekilo.

Difahamkan, Peter Lam telah terbang ke sini bersama sembilan rakannya yang lain untuk menikmati ikan tersebut yang dikukus di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Ikan empurau dalam bahasa Cina dikenali dengan nama Wang Bu Lio (Jangan Lupakan Saya).


Ikan itu telah dipesan melalui seorang pakar ikan air tawar dari Sarawak, James Wong untuk makan malam Ahad lepas.

Wong memberitahu ikan yang dipesannya itu berharga RM3,000 (dua kilogram).


“Ramai pelancong dan jutawan terbang ke Malaysia semata-mata untuk merasai keenakan ikan ini, tetapi inilah kali pertama ada yang datang dengan jet peribadinya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Lam yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membeli lima ekor ikan air tawar termasuk empat dari jenis empurau dengan harga RM17,000 untuk dibawa pulang ke Hong Kong semalam.

Ketika ditanya wartawan, Lam berkata, inilah kali pertama dia membeli ikan empurau di negara ini. Katanya, ikan itu sungguh sedap!

” Saya akan kembali lagi. Bukan empurau saja, banyak ikan lain yang sedap di Malaysia…saya akan bawa lagi kawan-kawan untuk merasai kesedapan ikan di sini,” katanya.

Untuk rekod, ikan air tawar itu menjadi popular di Hong Kong selepas seorang pengkritik makanan Chua Lam dan chef terkenal wilayah itu, Liang Wentao memasak ikan tersebut dalam sebuah program televisyen di sana.

0 comments:

Post a Comment