Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 28, 2014

No Comment

GENTING HIGHLANDS – Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah baik tawaran serta perkhidmatan kepada pelancong untuk meningkatkan daya tarikan serta daya saing Malaysia dalam sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata pada waktu yang sama, pegawai kerajaan akan terus mendapatkan kolaborasi, penyertaan dan kerjasama sektor swasta untuk membantu merancakkan daya saing dalam industri pelancongan dan hospitaliti.

“Sekarang, pelawat amat berpengetahuan, banyak melancong dan pendedahan mereka kepada destinasi pelancongan pula begitu luas.

“Selain mahu menikmati suasana mewah dan standard perkhidmatan yang cemerlang, mereka juga ingin melalui pengalaman baharu dan unik untuk melengkapkan percutian mereka,” katanya ketika merasmikan Hasbro Transformers Expo Malaysia 2014 di Arena of Stars di sini hari ini.

Menurut beliau pelancongan merupakan pemangkin dan tonggak utama dalam pembangunan serta transformasi ekonomi negara ini.

Mohamed Nazri berkata industri pelancongan menjadi punca pendapatan pertukaran asing kedua terbesar bagi Malaysia selepas barangan pembuatan dan penyumbang ketujuh terbesar kepada ekonomi negara.

“Sektor lestari dan berhasil tinggi ini akan terus memacu ekonomi Malaysia, memberi peluang dan pendapatan kepada rakyat,” katanya.

Mengenai ekspo itu, Mohamed Nazri yakin ia boleh disifatkan sebagai antara acara terbesar untuk memulakan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Sejak wujudnya Transformers, hanya 27 ekspo antarabangsa diadakan di seluruh dunia dan setakat ini, ekspo di Malaysia ini adalah yang paling besar di Asia,” katanya.

Transformers Expo Malaysia 2014 akan berlangsung dari 31 Jan hingga 16 Feb di Arena of Stars di sini.

Lebih 1,520 barangan koleksi istimewa dan memorabilia yang disumbangkan peminat Transformers di Malaysia, yang menggelarkan diri mereka ‘TransMy’, akan dipamerkan pada pameran ini, bersama dua karektor utama, Optimus Prime setinggi 23 kaki dan Bumble Bee setinggi 18 kaki, yang kedua-duanya bernilai hampir RM2 juta.

Harga tiket ialah RM45 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan RM55 untuk dewasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment