Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Lapan puluh lima penunggang motor Malaysia Airlines (MAS) MH Bikers mengecat motosikal berkuasa tinggi masing-masing  atas inisiatif bagi menghidupkan identiti penerbangan A380 sebagai simbol sokongan ke atas syarikat penerbangan negara itu.

MH Bikers yang dianggotai petugas MAS sendiri komited untuk mencapai objektif mempromosikan super jumbo dalam pada masa yang sama memberikan penjenamaan penerbangan bertaraf korporat di atas jalan raya.

“Mereka telah merancang beberapa aktiviti termasuk siri promosi jelajah dan program komuniti,” kata MAS dalam kenyataannya hari ini.

Aktiviti yang bakal diadakan ini akan merangsang kewujudan jenama MAS dan pada masa yang sama menyokong kegiatan masa lapang mereka.

A380 merupakan pesawat utama kebanggaan MAS, terutama petugas penerbangan, dan seterusnya menjadi popular dalam kalangan penumpang berdasarkan pengalaman penerbangan yang tiada tolok bandingannya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment