KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel melahirkan rasa kesal terhadap serangan oleh orang yang tidak diketahui ke atas Church of Assumption di Lebuh Farquhar di Pulau Pinang Isnin lalu.
Beliau berkata tempat-tempat ibadat perlu dihormati dan bukan diserang.
“Melempar Molotov cocktail (bom petrol) tentu sekali salah, apa lagi ke gereja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Serangan ke atas gereja berkenaan berlaku kira-kira 1.30 pagi hari berkenaan.
Sambil menggesa agar polis meningkatkan kawalan keselamatan, beliau berkata insiden seumpama itu mengganggu sentimen setiap rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment