Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

NEW DELHI – INDIA. Malaysia menawarkan peluang yang sangat besar dalam pelbagai industri bagi syarikat-syarikat India membuat pelaburan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Industri minyak sawit, dengan Malaysia sebagai satu daripada pengeksport terbesar komoditi itu, adalah antara industri yang boleh menjadi penerima pelaburan syarikat-syarikat India, katanya.

“Malaysia juga semakin pantas berkembang sebagai sebuah hab pendidikan. Justeru itu kami mengalu-alukan Institut Teknologi India (IIT) untuk membuka sebuah kampus cawangan di negara kami,” katanya pada sesi sulung Pravasi Bharatiya Divas ke-12 di sini, hari ini.

Setakat Ogos tahun lepas, pelaburan India di Malaysia berjumlah US$2.05 bilion, dalam bidang-bidang seperti tekstil, penapisan minyak sawit dan farmaseutikal.

Malaysia ialah pelabur kesembilan terbesar di India dalam bidang-bidang seperti telekomunikasi dan prasarana.

Hingga kini, firma-firma Malaysia telah menyiapkan projek-projek jalan raya dan prasarana bernilai US$3.27 bilion di India.

Pravasi Bharatiya Divas merupakan tanda pengiktirafan sumbangan masyarakat India di luar negara kepada pembangunan India. Sempena acara itu, satu forum mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Diaspora India juga dianjurkan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment