Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 7, 2014

No Comment

Ankara – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata beliau menyokong perbicaraan semula beratus-ratus pegawai tentera yang disabitkan merancang untuk menjatuhkan kerajaan.

Kenyataan dibuat selepas penasihat kanannya menegaskan pegawai berkenaan diperangkap polis dan badan perundangan.

Beratus-ratus orang dipenjarakan pada 2012 dan 2013 dalam dua kes berprofil tinggi, yang digelar Sledgehammer dan Ergenekon.

Wartawan berkata, kenyataan itu menunjukkan perubahan hala politik.

“Kami menyokong perbicaraan semula itu. Pertama, kita mesti mewujudkan asas perundangan untuk perbicaraan baru ini,” katanya kepada wartawan kelmarin.

Ketegangan meruncing

Ia dikeluarkan ketika ketegangan politik semakin meruncing berhubung rasuah dalam kerajaan Turki. Erdogan menuduh polis dan perundangan mendalangi siasatan yang membawa kepada peletakan jawatan menterinya.

Parti AK memerintah berasaskan politik Islam dan bertindak mengawal kuasa tentera Turki, yang melihat dirinya sebagai penjaga kepada negara sekular moden yang diasaskan Mustafa Kemal Atartuk.

Beliau kini kelihatan menyebelahi tentera yang pernah ditentang, kata wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), James Reynolds di Istanbul.

Sejak kebelakangan ini, tentera memfailkan aduan jenayah menggesa perbicaraan semula.

Pada tahun awal pentadbirannya, Erdogan membentuk pakatan tidak rasmi dengan pendakwa dalam usaha mengeluarkan tentera daripada politik, kata wartawan BBC. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment