Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 8, 2014

No Comment

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap kes-kes dan pesalah rasuah yang boleh mengakibatkan berlakunya bencana alam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, ini berikutan kesan bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang diakibatkan gejala rasuah mendatangkan mudarat yang besar kepada masyarakat.

Beliau berkata gejala rasuah seperti pencerobohan tanah kerajaan di Cameron Highlands tahun lepas telah menyebabkan bencana banjir yang membawa kemusnahan dan impak yang besar terhadap masyarakat.

“Sehubungan itu SPRM berikrar akan memberi penekanan terhadap pesalah rasuah yang ada kaitan dengan kemusnahan alam sekitar bagi mengelak bencana alam seperti musibah banjir menghantui masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Keprihatinan Pengurusan Tertinggi SPRM dan pemberian sumbangan kepada 26 kakitangan SPRM dari Kuantan, Kemaman dan Batu Pahat yang dilanda banjir di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah SPRM Pahang Moh Shamsudin Yusof.

Abu Kassim dalam pada itu turut menyeru mana-mana orang awam yang mendapat maklumat tentang kes rasuah melibatkan pencerobohan tanah kerajaan membuat aduan rasmi kepada SPRM agar siasatan dan tindakan segera dapat diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Moh Shamsudin berkata SPRM Pahang akan terus melakukan penambahbaikan dari segi siasatan terhadap pihak yang terlibat dalam kes pencerobohan tanah kerajaan di Cameron Highlands yang menyebabkan banjir lumpur di kawasan Lembah Bertam Oktober lepas.

“Kita akan beri penekanan terhadap siasatan di pejabat tanah dan daerah Cameron Highlands bagi mencari pihak yang memberi kebenaran kepada penceroboh meneroka tanah itu.

“Selain itu kita juga akan terus memantau dan meningkatkan siasatan terhadap kes-kes berkaitan pencerobohan tanah di kawasan lain di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment