Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada tiga anak bermain tarik tali di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, apabila menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya.

Sebelum itu, Mohd Fauzie Hamzah, 33, dari Kampung Beladau Kolam Manir, di sini, mengaku salah melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, bagaimanapun menukar pengakuan tidak bersalah sebaik fakta kes dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Dia yang bekerja sebagai buruh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Lidiawati Azmi, 26, dengan cara memukul menggunakan sebatang besi buaian di sebuah rumah di Kampung Beladau Kolam Manir, di sini, jam 7 pagi, 15 Februari lalu.

Dengan itu, Mohd Fauzie didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Abdul Hayyi menetapkan 13 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Dalam masa sama, mahkamah turut membenarkan Mohd Fauzie diikat jamin sebanyak RM2,400.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Mohd Fauzie tidak diwakili peguam. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment