Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

BEIJING – China akan menaikkan harga runcit gasolin dan  diesel masing-masing sebanyak 205 yuan (US$33.61) setan metrik dan 200 yuan  (US$32.63) setan, berkuat kuasa Khamis ini.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) dalam kenyataan di sini berkata kenaikan harga itu, kali pertama tahun ini, harga gasolin dan diesel masing-masing meningkat sebanyak 0.15 yuan seliter dan 0.17 yuan seliter.

Agensi perancang ekonomi itu juga berkata kenaikan itu dibuat berikutan  harga minyak dunia naik disebabkan cuaca sejuk di Amerika Utara dan bekalan minyak yang rendah dari beberapa negara pengeluar minyak sejak pertengahan Februari.

Kali terakhir NDRC menyelaraskan harga runcit untuk harga gasolin dan diesel ialah pada 10 Jan tahun ini dengan harga gasolin dikurangkan kepada 125 yuan (US$20.40) setan manakala harga diesel turun kepada 120 yuan (US$19.58) setan.

Menerusi sistem harga bahan api semasa China, NDRC boleh melaraskan harga gasolin dan diesel apabila sekumpulan harga minyak antarabangsa berubah lebih dari empat peratus dalam tempoh 10 hari bekerja.

China telah memendekkan tempoh pelarasan bagi harga bahan api kepada 10 hari bekerja berbanding 22 hari sejak Mac 2013. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment