Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

Miri – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika diurut di sebuah pusat refleksologi di Jalan Merpati di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 60 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Miri yang tiba di premis itu kira-kira jam 6 petang sebaik dimaklumkan pemiliknya.

Difahamkan, lelaki itu bersendirian ke premis itu untuk mendapatkan khidmat urut dan dipercayai tidak sedarkan diri kira-kira setengah jam kemudian ketika berada di dalam bilik urut.

Menurut sumber, wanita tukang urut pelik apabila lelaki itu didapati tidak memberikan tindak balas ketika diurut menyebabkan dia memaklumkan perkara itu kepada majikannya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment