Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 20, 2014

No Comment

Jata negara merupakan salah satu lambang kebesaran Malaysia.

Bagi yang tidak tahu, jata yang menjadi simbol negara terdapat gambar bulan sabit, bintang, keris, harimau dan bunga raya padanya.

Jata negara digunakan dalam pelbagai urusan dan kadangkala disemat pada pakaian mahu pun kenderaan.

Begitu pun, penggunaan jata negara tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Biasanya jata negara hanya digunakan pada kenderaan individu berpengaruh atau milik kerajaan Malaysia.

Dibimbangi jika tidak dipantau penggunaan jata negara, beginilah jadinya. Sebuah kereta dikesan meletakkan ayat “Pendekar Negara Malaysia” di bawah gambar jata negara yang ditampal pada pintu.

Mungkin individu yang melakukannya cuma mahu bergurau tetapi tidak sepatutnya lambang kebesaran negara dijadikan modal berlawak mahu pun meninggi diri seperti ini.

Kalau nak kata kereta milik jabatan kerajaan, rasanya takkanlah mahu bergurau sampai begini kan?

Justeru diharapkan, ini bukan satu lagi kes penyalahgunaan jata negara. –  REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment