Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 26, 2014

No Comment

PENGERUSI badan pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini terus mengkritik pihak berkuasa dan kali ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara telah hilang kawalan dalam pentadbiran pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Sanjeevan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan beliau tidak mengetahui berkenaan siasatan ke atas 60 orang pegawai polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti dakwaan itu.

Beliau berkata Khalid mungkin terlalu sibuk menubuhkan beberapa jabatan dan unit baru dalam PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

“Beliau mungkin sibuk mencari 40 senjata yang hilang di laut,” katanya merujuk kepada kenyataan PDRM berkaitan laporan Ketua Audit Negara 2012 mengatakan kemungkinan senjata milik PDRM yang hilang itu mungkin jatuh ke laut.

Pada Ahad lepas, sebuah laman portal pro-pembangkang The Malaysian Insider, menulis artikel laporan berkaitan siasatan SPRM yang menemui bukti mengejutkan iaitu ada seorang pegawai kanan PDRM dikatakan memiliki RM20 juta di dalam akaunnya.

Kemudian, 60 orang pegawai yang disiasat juga disyaki telah menerima rasuah dari beberapa pengendali premis perniagaan haram seperti pusat judi haram dan juga rumah urut di sekitar Kuala Lumpur.

Khalid menerusi laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, berkata laporan berkaitan seorang pegawai kanan polis memiliki wang RM20 juta dalam pelbagai akaun bank adalah tidak berasas.

Pihaknya juga tidak menerima maklum daripada SPRM mengenai kewujudan perkara itu.

Beliau akan menulis surat kepada SPRM untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kes berkenaan.

Laporan Ahad lepas itu memetik sumber daripada SPRM yang enggan didedahkan identitinya sebagai mendedahkan mengenai pekara berkaitan pegawai kanan PDRM itu kepada portal berkenaan.

Bagaimanapun, menurut akhbar sama SPRM menafikan memberikan kenyataan sedemikian kepada portal The Malaysian Insider berkenaan kes rasuah pegawai kanan PDRM mahupun berkaitan siasatan yang dilakukan.

Nampaknya Sanjeevan yang juga bakal calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu Mei depan dilihat terus menerus membuat dakwaan ke atas PDRM.

Seperti biasa, beliau juga dilihat hanya sebagai individu yang hanya berani bersuara melalui Twitter dan juga kenyataan media tanpa kelibatnya mengadakan sidang media dan memperkatakan dakwaan beliau dengan tegas.

Dakwaan bahawa seorang Ketua Polis Negara sudah hilang kawalan ke atas pasukan PDRM boleh dikatakan serius dan ia perlu diberi perhatian oleh pasukan keselamatan itu.

Apabila bertanding jawatan politik dalam parti dan pada masa sama mempengerusikan satu badan berkaitan jenayah yang menuntut seseorang itu menjadi bebas dan berkecuali, beginilah jadinya.

Kenyataan Sanjeevan jelas tidak konsisten dan dilihat mirip kepada gaya kenyataan dari parti pembangkang terutamanya PKR.

Oleh : KUMBANG WIRA

0 comments:

Post a Comment