Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 28, 2014

No Comment

KOTA TINGGI – Seorang warga emas maut apabila motosikalnya merempuh sebuah lori pasir yang rosak yang diletak di tepi jalan di Km 49, Jalan Johor Baharu-Mersing di sini semalam.

A. Hamid Ithnin, 77, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata siasatan mendapati lori itu tidak menghalang lalu lintas dan terdapat tanda segi tiga yang diletak 15 meter dari lori itu.

Difahamkan pemandu berkenaan sedang menunggu lorinya ditunda ke bengkel.

Mangsa cedera di dada dan patah tangan serta kaki.

Anak ketiga mangsa, Mohd Ali, 47, berkata bapanya dalam perjalanan untuk membayar insurans dan cukai jalan motosikalnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment