Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

Apakah zon pencarian MH370 sekarang adalah tempat yang betul?

Itulah persoalan yang bermain di pemikiran semua pihak lebih-lebih lagi apabila mengambil kira faktor keputusan mencari hanya dibuat berdasarkan andaian dari data satelit semata-mata.

Akhbar Mirror dari United Kingdom yang memetik seorang jurucakap pasukan tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam operasi mencari itu melahirkan rasa tidak yakin ada sebarang serpihan MH370 dalam zon semasa.

Zon itu terletak 1,850 kilometer ke barat bandar Perth di Australia.

Komander William Marks memberitahu CBS; “Kami memiliki sebanyak mungkin aset yang termampu di luar sana.

“Anda pasti tertanya-tanya jika serpihan itu ada di luar sana, jika kami terbang melangkaui sesuatu, sudah tentu kami sudah melihat,” katanya.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Operasi pencarian penerbangan MH370 dipindahkan selepas petunjuk baharu mendapati pesawat mungkin bergerak lebih laju daripada anggaran asal.

0 comments:

Post a Comment