Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

Penyanyi Kanye West dilaporkan akan membeli 10 buah rangkaian restoran makanan segera, Burger King untuk dihadiahkan kepada tunangnya, Kim Kardashian sempena majlis perkahwinan mereka kelak.

Menurut Huffington Post, pembelian itu bertujuan untuk mengembangkan lagi bakat perniagaan yang dimiliki oleh Kim yang bercita-cita menjadi ahli perniagaan wanita yang berjaya.

Satu sumber berkata, “seperti biasa, Kanye selalu berfikir di luar kotak jika ia melibatkan pemberian hadiah untuk Kim”.

Burger King juga nampaknya seakan teruja dengan perkhabaran tersebut walaupun perkara ini masih belum disahkan sendiri oleh Kanye.

Malah kedai burger popular itu teruja untuk menaja makanan buat tetamu yang bakal hadir pada majlis perkahwinan mereka yang masih belum didedahkan kepada pihak media.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment